Ramli MS perngetua AF musim ini


Pengetua?..sudah semestinya dalam fikiran kita pengetua itu seorang pemimpin dan semestinya pengetua mempunyai tugas yang berat untuk di pikul. Pengetua dalam Akademi Fantasia musim adalah Ramli MS...


Ramli MS memegang kedudukan tertinggi dalam senarai carta organisasi dalam Akademi Fantasia sebagai pengetua. Sebarang keputusan mengenai masalah disiplin dan akademik terletak di tangannya. Sebagai Pengarah Muzik pula, beliau bertindak menyusun semula lagu dan membantu pelajar mencorakkan persembahan.

Ramli M.S mempunyai 32 tahun pengalaman profesional dalam arena muzik terutama sekali sebagai komposer dan penulis lagu. Beliau mula menceburi bidang kerja studio sejak 1978. Beliau pernah ditawarkan biasiswa oleh Barklee College of Music yang berprestij di Boston USA tetapi menolak tawaran itu kerana jadual kerja yang padat. Sejak daripada itu beliau giat dalam bidang produksi bukan sahaja untuk artis tanah air malah untuk artis-artis Cina di rantau Asia. Beliau telah terlibat untuk lebih daripada 3000 lagu (bermain bass, gitar, keyboard dan akordian) dan juga terbabit dalam produksi tidak kurang daripada 300 album. Selain daripada kerja-kerja studio, Ramli terus melibatkan diri dalam persembahan ”live” untuk artis dalam dan luar negara.

Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau adalah Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu pada tahun 1999, 2003 dan 2006. Beliau juga dicalonkan untuk anugerah yang sama untuk lima tahun berturut-turut sejak 1998. Bakat muzik dan pengetahuan luas sememangnya telah meletakkan beliau di tangga teratas dalam industri muzik tanah air.

2 komen:

  izuddin

March 23, 2008 10:10 AM

gud luck..jalankan tugas dgn baik..Peace!

  alafSiber

December 30, 2008 12:41 AM

Im offered a digital caricature services, surf to my fotopages to see sample and other info. Just surf to http://alafsiber.fotopages.com